Sejarah Penubuhan Pondok Moden
Pondok Moden Darul Quran ini ditubuhkan pada tahun 2023 oleh Ustaz Suhaimi .Beliau selaku pengelola yang menguruskan perjalanan dan kelancaran pondok moden ini hingga kini. Pondok Moden ini ditubuhkan atas tujuan memartabatkan pengajian kitab-kitab turath dan pengajian hafiz Al-Quran 30 Juzuk yang merupakan teras di sini.
Pengajian kitab-kitab jawi turut diajar kepada anak-anak di sini agar mereka dapat mendalami ilmu Al-Quran dan ilmu agama yang diwarisi oleh para ulama' silam.Insyallah, apabila mereka tamat pengajian di sini disamping mereka dapat menghafal Al-Quran mereka turut berkebolehan membaca kitab-kitab jawi, menyampai dan menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat setempat .
Wawasan Pondok Moden
Sehubungan itu, pihak pondok moden mengucapkan ribuan terima kasih kepada muslimin dan muslimat yang telah menyumbang dalam bentuk infaq dan wakaf bagi menjayakan program pengajian anak-anak di sini.
Alhamdulillah, dengan berkat sumbangan kalian pihak pondok dapat membina prasarana bangunan dan fasiliti kemudahan untuk anak-anak di sini menuntut ilmu agama . Pihak kami mendoakan para penyumbang diberkati dan dirahmati Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budi baik tuan-tuan dan puan-puan